Posts

Faktor Impak bagi jurnal penerbitan

Image
    https://www.cleanpng.com/png-book-cartoon-book-cartoon-596913/   Penulisan artikel ilmiah merupakan salah satu cara melestarikan ilmu pengetahuan berasaskan penyelidikan kepada masyarakat umum. Ia menjadi medan kepada para penyelidik menterjemah hasil kajian mereka sebagai panduan untuk menambah baik penemuan baru mahupun yang sedia ada. Justeru, ia menjadi prasyarat penting bagi  graduan di universiti untuk bergraduasi selain jalan kepada golongan akademik untuk menerbitkan karya demi kelangsungan peningkatan petunjuk prestasi utama ( Key Performance Indicator , KPI) mereka.     Beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan mutu dan kualiti karya yang diterbitkan. Salah satunya ialah karya tersebut sebaiknya diterbitkan oleh jurnal yang mempunyai faktor impak ( impact factor , IF) yang bersesuaian.        Faktor impak ialah ukuran kekerapan purata artikel dalam jurnal telah dipetik pada tahun tertentu. Ia digunakan u...